Selamat datang kepada semua pelawat dan pelanggan Hijrah Madani ke laman blog
Hijrah Madani Halal Mart (HMHM).
HMHM dibuka secara rasmi pada hari Ahad, 26 Oktober 2014 bersamaan 2 Muharam 1436H.
HMHM ditubuhkan oleh 10 orang penduduk Taman Krubong Perdana yang berkongsi modal dan idea untuk mewujudkan satu kedai yang menjual dan mengutamakan produk Muslim yang Halalan Thoyyiban untuk keperluan masyarakat Islam. Matlamat utama adalah untuk memastikan masyarakat Muslim dapat mencari segala keperluan harian yang diyakini halal dan suci berbanding membelinya di tempat lain yang masih diragui kebersihan dan status halalnya.
Atas dasar memenuhi keperluan penduduk,
HMHM juga ada menjual produk-produk keperluan harian yang dikeluarkan oleh pengusaha bukan Muslim yang mempunyai status halal JAKIM bagi mengatasi masalah produk tersebut yang masih tiada pengeluar Muslim.
HMHM berharap dengan berkembangnya pusat jualan berkonsepkan 'Halal Mart' ini akan menggalakkan lebih ramai pengusaha mahupun pengilang Muslim dalam menghasilkan produk keluaran Muslim yang diyakini halal dan kesuciannya.
Justeru,
HMHM amat menggalakkan mana-mana pengusaha, pengilang mahupun individu Muslim yang mempunyai produk yang boleh diketengahkan untuk menghubungi
HMHM bagi membolehkan produk tersebut dipasarkan di
HMHM. HMHM sentiasa berbesar hati untuk menerima apa-apa jua produk keluaran Muslim dalam usaha memperkenalkan dan memasarkan produk Muslim dan seterusnya memperkasakan ekonomi ummah Islam tanpa bergantung kepada produk keluaran bukan Muslim.
HMHM juga mengambil pendekatan untuk memboikot sesetengah produk yang secara jelas jenama tersebut adalah dimiliki oleh orang Yahudi dan menyumbangkan dana kepada Zionis Israel dalam melakukan kerosakan dan keganasan kepada orang Islam khususnya di Palestin dan di seluruh dunia secara amnya.
Bertitik tolak dari keadaan semasa, kemajuan dalam bidang teknologi dan komunikasi, khususnya perkembangan arus media sosial, situasi ini menuntut
HMHM memanfaatkan sepenuhnya penggunaan internet dalam melakukan promosi dan pemasaran. Selain melalui medium facebook
(www.facebook.com/hijrahmadani), blog ini juga diwujudkan atas inisiatif untuk memudahkan para pelanggan dan juga masyarakat untuk mengetahui tentang
HMHM, produk-produk yang terdapat di
HMHM, promosi dan juga informasi lain yang berkaitan. Perancangan untuk mewujudkan akaun tweeter, instagram dan lain-lain juga akan terus dilakukan selaras dengan perkembangan semasa.
Semoga usaha ini akan mengeratkan lagi hubungan antara
HMHM dengan pelanggan dan masyarakat.
Terima kasih.
Hijrah Madani Halal Mart
Taman Krubong Perdana, Melaka